ABOUT US

Syarikat kami telah ditubuhkan pada 2010 dibawah nama Ainix Resouces (IP330404-T) yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Untuk pengetahuan, tahun 2016 ini merupakan tahun keenam syarikat kami beroperasi dengan cemerlangnya.

Aktiviti utama perniagaan kami pada asalnya ialah menerima tempahan pelbagai jenis percetakan baju bagi apa sahaja aktiviti pelanggan secara offline ataupun walk-in customer.

Pada pertengahan tahun 2011, pihak kami telah memperkenalkan perniagaan secara online dibawah nama www.mohcetakbaju.com. Hasilnya, 90% hasil perniagaan kami adalah melalui perniagaan secara online tersebut.

Melalui perniagaan secara online, tempahan baju bukan sahaja diterima daripada pelanggan di Semenanjung Malaysia tetapi juga dari Sabah & Sarawak. Strategi kami untuk memberikan kos pos PERCUMA bagi pelanggan Semenanjung & bayaran 50% untuk pelanggan Sabah Sarawak, menjadikan website kami antara yang banyak mendapat sambutan dari orang ramai.

Pada masa dahulu, perniagaan kami beroperasi di sebuah kedai kecil sebesar bilik kecil yang hanya mampu memuatkan meja cetak sebesar 6 inci X 2inci sebanyak 2 buah. Kedai tersebut terletak disebelah rumah ibu bapa saya yang terletak di 322/6, Jalan Durian 3, Felcra Changkat Lad, Kg Gajah, Perak.

Dengan ruang yang kecil & 2 buah meja sebesar itu, pihak kami hanya mampu mencetak baju sebanyak 9 helai sahaja bagi satu-satu masa. Jika tempahan yang diterima melebihi 50 helai, pihak kami terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikannya.

Syukur, pada masa sekarang, kami telah mengembangkan perniagaan kami dengan penyediaan 80 buat meja cetakan, tambahan 2 pekerja bergaji & 2 bengkel cetakan baju.

Sebelum ini kami suami isteri yang menguruskan syarikat tersebut. Suami saya iaitu En.Nik Nasruddin Nik Malek merupakan pekerja kerajaan di Teluk Intan ditugaskan untuk menguruskan hal-hal kewangan, pereka grafik & pengurusan masalah-masalah teknikal percetakan. Manakala, saya selaku pemilik perniagaan, menguruskan hal-hal tempahan baju, penerimaan tempahan dari pelanggan dan juga mencetak baju.Diantara perkhidmatan yang kami sediakan ialah:

  1. Percetakan baju secara silkscreen (dye).
  2. Percetakan baju secara sulaman (embroidery).
  3. Percetakan baju secara heat transfer (stiker).
  4. Penjualan baju atau tshirt kosong.
  5. Pembekal tshirt custom made & ready made.
  6. Pembekal pelbagai barangan fabrik lain selain tshirt & baju seperti topi, tuala dll.